♫ Followers ♫

nuffnang

Monday, May 5, 2014

Let's Rock N Roll..!!

Kemunculan semula Lagenda

Let's fly to the sky
dancing with the wind
follow the rhythm in your mind
make your world full of colors..

Peredaran masa membuatkan kau semakin dewasa dan lebih memahami akan setiap perkara-perkara yang kau tidak tahu dan tidak ambil tahu pun pada suatu ketika dahulu. Menjalani kehidupan yang penuh pancaroba membuatkan kau lebih teguh dan yakin dengan kaki kau sendiri. sekiranya kau jatuh menjunam kedasar lautan dalam pun kau akan cuba berusaha untuk selamatkan diri sendiri dan pada masa itu semua orang disekeliling kau hanya memerhati kan kau untuk bangkit, yang membantu hanyalah keluarga dan kawan sebenar. Di mana kawan yang ada dimasa susah dan senang.

''Hidup kau, kau punya suka lah nk buat apa pun,
Asalkan tidak salah disisi Agama dan mengkhianati Bangsa"

Apa yang kau bangga kan dengan bangsa? sedangkan bangsa sendiri saling jatuh menjatuhkan.. yup, itu lah realitinya..dan kau sendiri tidak ada cara menyatukan bangsa. konflik metropolis menggilakan takhta dan pangkat semakin meruncing dan impak jalur lebar yang tidak terbatas membuatkan dunia kita semakin hilang kewarasannya. kau mula hilang pegangan dan prinsip. hanyut dan lalai dibawa arus masa yang tidak pernah menunggu kita. 

"hanya kembali kepada-Nya dalam segala hal. kau tidak akan sesat sehingga hembusan terakhir"

semua orang pernah melakukan dosa, besar atau kecil itu diri sendiri saja lah yang tahu. dan kau masih mempunyai masa untuk bertaubat dan menyesali atas perbuatan dosa kau itu selagi kau masih bernafas di muka bumi ini.

sekian ekspresi minda yang dah 360 darjah terbalik..aku jadi pelik..hahaha~

No comments: