♫ Followers ♫

nuffnang

Saturday, May 24, 2014

#Melankolik-Part 1


I want to be forgotten,
and I don't want to be reminded.
You say "please don't make this harder."
No, I won't yet.

I wanna be beside her.
She wanna be admired.
You say "please don't make this harder."
No, I won't yet.

The Strokes "What Ever Happened?"

Gegendang telinga masih lagi bergetar impak alunan lagu-lagu kegemaran yg dipasang sambil mata terpejam. Badan terasa berat nk bangun tetapi amat selesa dengan keadaan begini dan berharap akan terusan begini. Dunia amat meletihkan ? tidak, manusia yang lemah untuk lalui hari-hari yang tak seindah yg di jangka. Lagu The Strokes-What Ever Happened? berulang-ulang kali di putarkan. Tak bosan ke dgr lagu sama byk kali? tidak, manusia akan buat perkara yang mereka SUKA berulang-ulang kali. 

Tangan perlahan-lahan meraba mencari handphone untuk memastikan jika ada chat baru masuk...........................................................................................................................................campak semula phone dan layankan lagu yg sama entah berapa byk kali.  Hidup ke aku nie? Sangat membosankan. Arghhh, otak mula memikirkn sesuatu yg mungkin boleh mengindahkan semula hari aku nie. Konklusinya hanya gitar yg dicapai dan keluarlah nada-nada melankolik dari lubuk hati yg terdalam. Kononya keras, rupa-rupanya banyak rama-rama dan kumbang sedang mengelilingi bunga yg terlalu mekar di dalam taman.ehekk~

Aku Hal. Seorang yang berpendidikan, hensem, bergaya, pandai main gitar dan cipta lagu, disayangi ramai, berilmu Agama dan akhir sekali adalah kuat “perasan/perasaan”, “berangan”, dan “makan”. Haha.. Cerita baru bermula dan permainan baru dimainkan. 

“Melankolik”
Tafsiran: melankolis 1. berasa atau mem­perlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb)

~Cerita ini hanya rekaan semata-mata
Tidak ada kena mengena dengan yg
Hidup ataupun yg sudah meninggal
Dunia~


Monday, May 5, 2014

Let's Rock N Roll..!!

Kemunculan semula Lagenda

Let's fly to the sky
dancing with the wind
follow the rhythm in your mind
make your world full of colors..

Peredaran masa membuatkan kau semakin dewasa dan lebih memahami akan setiap perkara-perkara yang kau tidak tahu dan tidak ambil tahu pun pada suatu ketika dahulu. Menjalani kehidupan yang penuh pancaroba membuatkan kau lebih teguh dan yakin dengan kaki kau sendiri. sekiranya kau jatuh menjunam kedasar lautan dalam pun kau akan cuba berusaha untuk selamatkan diri sendiri dan pada masa itu semua orang disekeliling kau hanya memerhati kan kau untuk bangkit, yang membantu hanyalah keluarga dan kawan sebenar. Di mana kawan yang ada dimasa susah dan senang.

''Hidup kau, kau punya suka lah nk buat apa pun,
Asalkan tidak salah disisi Agama dan mengkhianati Bangsa"

Apa yang kau bangga kan dengan bangsa? sedangkan bangsa sendiri saling jatuh menjatuhkan.. yup, itu lah realitinya..dan kau sendiri tidak ada cara menyatukan bangsa. konflik metropolis menggilakan takhta dan pangkat semakin meruncing dan impak jalur lebar yang tidak terbatas membuatkan dunia kita semakin hilang kewarasannya. kau mula hilang pegangan dan prinsip. hanyut dan lalai dibawa arus masa yang tidak pernah menunggu kita. 

"hanya kembali kepada-Nya dalam segala hal. kau tidak akan sesat sehingga hembusan terakhir"

semua orang pernah melakukan dosa, besar atau kecil itu diri sendiri saja lah yang tahu. dan kau masih mempunyai masa untuk bertaubat dan menyesali atas perbuatan dosa kau itu selagi kau masih bernafas di muka bumi ini.

sekian ekspresi minda yang dah 360 darjah terbalik..aku jadi pelik..hahaha~